Sejarah

Pertanyaan

nyatakan 4 kepentingan dan keunikan warisan beraja di alam melayu

1 Jawaban

  • Sementara itu, Professor Datuk Dr. Ramlah Adam, Pengarah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis menyentuh sejarah kerjasama antara raja-raja Melayu yang telah berlaku sejak lebih 100 tahun lamanya.
    Kita lihat Majlis Mesyuarat Raja-Raja sejak Mesyuarat Durbar pada 1897 sudah bersidang sebanyak 244 kali. Maknanya dari sistem pentadbiran, institusi raja-raja dan Majlis Raja-Raja sudah jelas nampak ketahanannya. Sistem Parlimen kita sendiri hanya berusia 60 tahun.
    Ini membuktikan ia boleh terima cabaran semasa, boleh hidup dalam keadaan sejak pemerintahan cara tradisional, kemudian dengan kedatangan British, Jepun, sewaktu kita merdeka dan sehingga wujudnya Malaysia hari ini, kata beliau.
    Beliau turut berpendapat sistem pemerintahan beraja di negara ini memainkan peranan penting dalam mengimbangi sistem pemerintahan demokrasi kerana raja-raja sangat berkecuali dalam segala hal terutama hal politik, ekonomi dan dasar negara.
    Kalau dalam politik semuanya berpecah-pecah tetapi kalau kita sebut institusi raja, kita tak ada sebab nak berpecah sebab ia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ia tidak ada parti politik, tegasnya.
    Sejak 60 tahun, Malaysia terbukti dapat mengadunkan sistem tradisional sejak Kesultanan Melaka sebelum kedatangan barat dan sekarang digabungkan bersama pentadbiran moden dengan kewujudan Perdana Menteri, sistem parti politik dan proses pilihan raya.
    Bagi Ramlah, institusi YDP Agong ini melambangkan kehebatan sistem pemerintahan tradisional raja-raja yang masih dapat digunakan dan sangat relevan dalam pemerintahan hari ini.
    Pada saya sistem penggiliran ini bagus. Ia telah dijalankan dengan baik. Kita tak ada isu seperti sultan tak mahu turun takhta dan sebagainya. Selepas 5 tahun mereka akan turun takhta dan balik ke negeri masing-masing.
    Ini berlaku sejak 1957 sampai sekarang, iaitu daripada kurun ke-20 hingga kurun ke-21. Semua sultan maklum ini adalah sistem yang memberi mereka peluang untuk menjadi YDP Agong mengikut giliran. Setiap sultan di Malaysia mempunyai peluang, ulas beliau.

Pertanyaan Lainnya